Friday, 21 December 2012

info


Kiamat pada 21.12.2012? Barangkali ada yang menyangka benar kerana 21.12.2012 jatuh pada hari Jumaat.

Di barat, para pemuda yang mempercayainya sanggup membunuh diri, tidak lalu makan dan tidak lena tidur kerana takut tentang kiamat
pada 'hari ini'.

Bagi orang Mukmin, jangan mempercayainya kerana 'Kalendar Maya' bukanlah kitab Allah dan bukan juga Kitab Hadith Nabi s.a.w.

Sekiranya kita mempercayainya bermakna umpama kita telah menolak Al-Quran dan Sunnah kerana kedua-duanya tidak pernah menyuruh kita cari bilakah hari kiamat, tetapi yang disuruh ialah mempersiapkan diri menghadapi hari tersebut.

Maka sibuk-sibukkan diri dengan mempersiapkan diri menghadapi hari kiamat, bukan sibuk mencari tarikh hari kiamat ...
Sumber :- Imam Muda Hassan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by http://www.simplyfabulousbloggertemplates.com/