Wednesday, 27 June 2012

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MASAK...SALAH KE? TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

E M A K ..



kasihan aku tengok mak..walaupon sudah 10 hari abah pergi menghadap ilahi..tetapi emak masih derita menanggung rindu kepada abah..makan xnk sume xnak..asek menagis sahaja..xsanggup aku tgkn mak derita mcm tuh skali krn kehilangan org tersayang..aku turut merasai penderitaan yang dialami oleh emak skrg neh..

mak terlalu bergantung hidop dgn abah..apabila malaikat menjemput abah kesyurga maka emak lah manusia yang paling merasai kehilangan abah..aku akui mmg aku turut sedey serta tidak dapat terima kenyataan..tetapi sume tuh telah tertulis bahawa Allah tidak akn melambatkn atau mempercepatkan walau sesaat untuk menjemput umatnya untuk dihisab..

tak dapat aku bayangkn bagaimana sambutan raya tahun nih..slalonye pagi2 buta abah la riuh rendah gerak suh siap umah n masak tuk abah mkn before g masjid..tp skang dh xder lg sape nk bising gerak kmi bgn msk..mmg terase sunyi sgt2 umah sejak abah xader..dh hilang penglipurlara yg sentiasa memecahkan kesunyian umah tuh..yg tinggal hanya kenangan yg tidak kesudahan..

sejak abh tiada mcm2 perangai buruk adek bradek yg kluar..yg kedekut tb jadi murah hati..emak kate ader udang sebalik mee tapi aku cuba pikir positif dan xnk memandang buruk hal2 tersebut..jika ia benar maka aku berjanji akn meluruskn semula laluan itu..insyaAllah

ya Allah bantulah aku untuk nakhodai kuaga ku ya Allah..kuatkan lah semnagat aku untuk tempuh semua ini ya Allah..aku memohon restu dan petunjukMu agar laluan yg ku pilih ituh lebih bermakna dan mendapat barakahMu..ameennn

Saturday, 23 June 2012

Allah lebih menyayangiMu..



Tanggal 18 June 2012 ( 28 rejab 1433H ), 4.31 am malaikat Izrail telah mengambil nyawa org yang paling aku sayang iaitu "ABAH"..walaupon sukar untuk aku terima kenyataan tapi aku cuba untuk menjadi kuat agar ibuku tidak berasa derita melihat kesedihan kami semua..

aku benci ucapan takziah drpd rakan2, saudara mara dan pensyarah..pada aku abah masih hidup dan bersama aku..walaupon hampir semgg abah pergi meninggalkan aku..tapi aku ttp xbole terima kenyataan bahawa abah telah tiada dan meninggalkan kami semua..aku menyesal pulang pd mlm kejadian tuh..kalau aku tak balik umah tuk berehat sekejap mukin aku masih sempat untuk menatap wajah abah kali terakhir dan mampu mengajar abh mengucap..tp sayang sumenye dh terlambat hanya krn lewat aku xmampu mengadap ketika malaikat mengambil nyawa abah..

ya Allah sesungguhnya aku merindui Abah yg teramat sgt..aku sentiasa berdoa agar aku ditemukn dgn abah walaupon hanya seketika dalam mmpi tapi aku xmampu temuinya..bl keseorangan aku sentiasa terpikir knapa engkau mengambil abahku..sedangkan abah masih byk impian yg belum dicapainya..knapa abah aku!! sehingga kini aku masih menganggap sume nih sbgai satu drama dlm hidup aku..sukar ssh n berat tuk aku terima sumenye..mmg dihadapan adek bradek aku napak kuat dan mmpu menenangkn mereka tetapi aku sdr kalah dgn permainan emosi nih..ya Allah temukn lah aku dgn ABAH..aku terlalu merindui kata2 semangatNya..perkenankanlah doaku ya Allah..

Abah org janji akn belajar bersungguh2 dan bantu kuaga..tuh janji org dgn abah!! abah jgn la berhenti doakan org yer..owg doakan abah sentiasa tenang dan sentiasa dalam rahmatNya disana..InsyaAllah suatu hari nt kt bertemu jua..owg rindukn abah..sayanng abah..

Monday, 18 June 2012

Cinta Seorang Ayah


Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya.
Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya,
aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan.
Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit,
tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan?
Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati.
Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih.
Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?
Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan.
Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan,
meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan....
Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang.
Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya?
Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah.
Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia.
Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu.
Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.
Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Wednesday, 13 June 2012

Selamat Hari Bapa ♥♥



Rini genap 17 hari abah dalam ICU ward..tapi masih tiada respon yang baik dr abah..Kadangkala aku takut untuk terima kenyataan dan aku sendiri blum bersedia untuk terima sesuatu berita yg buruk ttg abah..Setiap kali doa aku mengharapkan abh sembuh..dan aku memohon agar Allah memindahkn sakit abah pd aku..kerana rohani dan jasmani aku juga turut menderita apabila melihat abah dlm keadaan seperti tuh..kasihan aku tengok mak yg sentiasa berada di sisi katil abah..setiap kali melawat abah mak pasti menangis dan merintih agar abah bangun..tp abah tetap tidow dan tidak pedulikan rayuan dan rintihan mak..apabila pulang ke rumah mak kadang2 sapai meracau memangil2 name abh dan kadang kala menangis dlm tidow kerana mmpi kn abah..kasihan mak..

Abah hari nih hari bapa..org nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA @___@..pada owg abah la hero malaya dan hero kmi sekeluarga..slalo kmi ceria dgn pelingpur lara abah tp skang umah nih sunyik jeh..dh xde minum ptg same2..sebab bl tepat jeh ms melawat kmi semua akn tgg di hospital untuk jmp abah..kmi rindukan abh walaupon setiap hari kmi jmp abh..cme situasi jeh yg berbeza..xpnh kmi tinggalkn abh sorg2 xder teman..tp kmi akur dgn arahan doc pakar agar tugas tuh dijalankn oleh nurse ospital shja..jadi kmi ttp melawat tepat pd masanya kerana kami xnk abah rase seperti kami biarkn abh seorg dr..kmi sayangkan abah..dunia akhirat

ya Allah aku memohon padaMu ya Allah..kembalikan lah abah seperti sedia kala..pulangkan lah abah kami ya Allah..aku redha ujianMu yaAllah..Engkau kuatkan Lah semangat ibu kU ya Allah..sEmbuhkanLah penyakit ibu dan abah ku ya Allah..hanya mereka harta yg paling bernilai dalam hidup aku..Aku pnh tersungkur tatkala deria ibuku diambil olehMu ya Allah..Oleh itu aku memohon ya Allah janganLah Engkau mengambil abahKu..kasihanilah ibuku ya Alah..ampunilah dosa kami semua ya Allah..kembalikan abahku ya Allahh..kami merindui kasih syang seorg abah..

Tuesday, 5 June 2012

Abah bangunlah abah..pLzz abah



Ya Allah aku memohon padaMu ya Allah Engkau berikan lah kekuatan pd kami semua untuk menerima kenyataan ini..Engkau berikanlah sinar cahaya dan hidayah Mu bt kami yaAllah..Sesungguhnya kmi insan yg lemah ya Allah..ku sujud mohon pdMu ya Allah..

aku xsanggup lagik tengok abah dalam keadaan mcm nih..kasihan abh..die bertarung dgn penyakitnya tuk kembali sehat..aku ingat lg saat aku dtg melawat abh pd hari pertama abh dimasukkan ker ICU, abah still sedar n boleh bercakap cume kdg2 nafas abh sangkut2 sbb abh semput..tp abah still bole bercakap n bangun..abah terkejut tgk aku balik..aku sempat kucup tgn abah saat aku sampai dlm wad..aku gagah kn diri supaya tidak menagis didepan abh..tp saat aku tgk keadaan abh yg terlalu uzur air mate aku tak terdaya nk seka akhirnya terlerai jugak..tp abah still senyum tengok aku wpon tgh pkai oksigen..akhirnya aku keluar sbb xsangup tengok lama2 abah dlm keadaan mcm tuh..

lepas aku masuk amy plak masuk tgk abah dgn mak yang..dlm 10min tb2 mak yang usung amy kuar sbb die meraung2 mcm org giler..aku terkejut sgt tb2 doc n nurse stop xbg kmi melawat abh ktnye abh dlm keadaan kritikal..aku mcm xpercaya sbbnye br sebentar td aku sembang dgn abh..pastu mak yang pon cerita apa yg berlaku didalam..menurut crita mak yang amy salam abh bg tahu die nk balik kampus sbb nk siapkn assignment..die pegang tgn abh, tp abh tarik tgn n paling muka xnk tgk amy..abah kecik ati sbb dlm keadaan abh sakit amy still nk balik kampus..alasan die dh janji dgn kwn2..

lepas kmi semua dikuarantin xbole masuk tgk abah, semua mak cik n pakcik nasehatkan amy supaya jgn balik n tgg sapai abh okay..tp amy tetap nk balik!! pakcik Zaid pujuk amy sapai menitik air mate pakcik Zaid..tp amy ttp dgn keputusan die nk balik kampus..mak yang pon puas pujuk tp balik tetap jd pilihan amy..akhirnya adek hantar amy g bus stand dan balik la amy ker kampus..sejam selepas tuh doctor panggil ahli kuaga terdekat..aku masuk dgn abang pastu doctor tyer ade tak sape2 bt abah awk nih ssh hati sapai percentage oksigen trun sapai 70% dan tekanan darah jd tinggi sgt2 cecah 200..aku jwb mukin abh sedey sbb amy nk blik..then doctor syorkn agar kmi tidak berbual dgn abah dan menyentuh abah jika mahu abah cepat sembuh..airmate aku mcm hujan bl doctor sahkn abh separa koma..

lepas kejadian amy tuh abh terus tidor sapai sekarang..keadaan abh makin teruk berkali2 tukar mesin oksigen untuk memastikan support oksigen abah..akhirnya dorg terpakse tukar dgn mesin life support yg lebih tgg untuk memastikan abah dpt oksigen secukupnya..smlm doctor bg solution untuk tebuk leher abh n masukkan tiub..sbb cara nih lebih sesuai buat abh untuk dptkn bekalan oksigen yg cukup..tp aku xsetuju lgsg sbb aku kasihankan abh..tentu abah sakit nanti lepas kuar dr blik operation..tp abg ttp sign surat kebenaran..tp aku tetap berdoa moga condition abah bertambah baek agar xperlu dibedah dan dimasukkan tiub..

sampai hati amy  bt abah mcm tuh..kawan2 lagi penting pd die..sedangkan aku yg dlam final exam nih xpenting ker?? tp aku xpeduli semua tuh..pd aku kuaga adalah no1..xguna aku berjaya atas duniawi semate2..tp pd kuaga aku seperti sampah..biala aku buruk pd mate masyarakat tp bkn pd mate keluarga aku..pd aku mereka adalah sumber ibspirasi aku dan syurga dunia untuk aku..jika itu adalah pilihan amy..janganlah die menyesal suatu hari nt krn keputusan die yg bodoh tuh..wlaupon aku menerimanya tanpa berkata2 tapi aku tetap tak akn maafkan apa yg die dh buat pd abah sehingga abah jd mcm nih..

abah bangunnn lah abhh..owg windu sgt2 dgn abahh..rindu gelak tawa abh..rindu celoteh mulut abh..windu semuanyaaa..plzzz abh buka la mate abh..abh xckp dgn kami pon xape..janji abh sedar dan bangun demi kami abahh..plzzz abahh kmi semua rindukn abaahh..kmi nk abah blik ke pangkuan kami..abaahh kuatkn lah semangat dn bangunlah abahh..plzzz


Monday, 4 June 2012

Selamat Ulang Tahun Abah



Hari nie genaplah umur abh 54 tahun..setiap tahun kmi sekeluarga pastu menyambut ulang tahun kelahiran abh..xkire la jauh ker dekat ker kmi adek bradek pasti kumpul duet n beli adiah tuk abh..tp taun neh berbeza ckit sbb kmi kasik advanced adiah sbbnye keadaan xmengizinkn..igat nk kasik adiah tyme besday..tp udoh hp abh teruk sesgt jd kasik la awl..hahah

last week blik joke dgn abh next week besday xde adiahh arr sbb dh kasik awl..abh jwb mne leh cmtuh..xkire adiah nih..anh nk yg br..hikhik..hahah kelakar la abah nih..ade ker mnta hp kuis kuis (touch scree =p)..tp tuh sume kenangan dlm memori aku..sbb nye sehingga kini abh masih terlantar di hospital dan tidak sedarkn diri..kmi tetap buatkn kek seperti biasa walaupon abah xdapat mkn kek tersebut..kami tetap meraikannya walaupon ketiadaan abh bersama kmi..kerana abh sentiasa dihati kmi semua..kmi sayangggg abah ..kmi doakn kesejahteraan abh..ya Allah sembuhkn lah penyakit ayahku..permudahkan lah segalanya bt ayahku..aku memohon padaMy ya Allah..

sejak abh dimasukkan di ICU kmi sering adakan majlis bacaan yassin beramai2 memohon pd Allah agar abah dpt sembuh seperti sedia kala..Aku yakin abah mampu bangun dan ceria semula seprti dahulu..aku yakin!! abah bkn seorang yg mudah mengalah..abh aku seorang yang kuat..abah org minta maaf jika org der bt salah pd abah..org sayang abah..plzz abah kuatkn semangat jgn degil ikut ckp doctor n nurse yerk..kmi sume sentiasa support abah dr dpn n blkg..insyaAllah

Sunday, 3 June 2012

Jangan Guna Bye, Semekom, Asmekom!




Jangan guna Bye”kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

Jangan guna A’kum”kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”
Tolong forwardkepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa yang tidak disengajakan.

Tulis “Makkah tetapi jangan tulis “Mekah” coz “Mekah” = House of Wine.
Tulis “Masjid tetapi jangan tulis “Mosque” coz “Mosque” = Mosquitos.
Tulis “Allah” jangan tulis “4JJI” coz “4JJI” = For Judas Jesus Isa Al-Masih.
Tulis “Salam” jangan tulis “Ass” coz “Ass” = Donkey / Ass.
Ia semua terpulang pada awak kemudian untuk menggunakan sesuai satu atau bukan, tetapi jika anda mencintai Islam kemudian menggunakan sesuai satu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by http://www.simplyfabulousbloggertemplates.com/