Wednesday, 18 July 2012

18 juLy 2012



Al-Fatihah..moga roh Abah ditempat org yg soleh..hari nih genap sebulan abah tinggalkan kami semua..walaupon perit dan sedih tapi kami kne terima hakikat bahawa Allah lebey sayangkn abah..apa yg kmi mampu lakukan adalah doakn yg terbaek tuh Abah..semoga Abah sentiasa dalam rahmatNya..ameen

aku gembira sgt2 mlm td mmpi abah dtg kenduri kawen aku..walaupon tuh hanye la mmpi..tapi ituh cukup bt aku gembira sepanjang hari sebab sejak abah pergi tak pernah skali aku mmpikn abah..tp semalam aku mmpikn abah dtg kenduri kahwen aku lak tuh..hahhaah ya Allah rindunya aku pada abah..

selama ini aku tak pernah bayangkn merasa hidup tanpa abah..tp apabila malaikat menjemput abah pergi aku rase seperti sesuatu yg plg bermakna hilang dalam hidup aku..aku slalo marah apabila ada org ckp " sabar mukin der hikmah sebaliknya"..sebab aku xpernah nampak apa hikmahnya..sebelum nih aku slalo merasakan aku akn hidop lagi pd esok hari..so xbyk kebaikkan yg aku buat sbb aku yakin esok masih ade..tp apabila Allah ambil abah baru aku rase bahawa hidop neh terlalu singkat..baru aku mula hargai setiap saat yg berlalu..dan paling ptg sejak abh pergi hubungan aku dgn mak menjadi semakin rapat dan akrab..

apa2 yang aku lakukan pasti aku dahulukn mak..jika berjauhan dgn mak setiap saat jantung dan fikiran aku tidak tenang memikirkan keadaan mak..aku tidak kisah kne maki hamun dgn mak sbbnye aku taw mak xniat pon nk marah2 aku cuma jiwa mak yg masih belum stabil..sebab tuh aku akn marah kak ida jika die menjawab dgn mak..walaupon mak tuh xdgr tp die tetap emak dan sbgai anak wajib hormat mak..aku sayangkan mak..dan inilah hikmahnya yg slame nih aku abaikn..dan inilah juga amanah yg abah tinggalkan pada aku untuk menjadi seorang manusia yg lebih bertanggungjawab dan menghargai masa..syukur alhamdulillah kerana aku masih diberi pluang untuk mengharunginya walaupon sukar dan perit..tp aku pasti akn laksanakan dengan sebaik mukin DEMI EMAK..

walaupon sudah sebulan abah meninggalkan aku..tetapi sampai ke hari ini aku masih trauma untuk ke hospital..lihat banggunan hospital pon sudah cukup bt aku separuh histeria menagis..aku masih terlihat kelibat abah disana..hampir sebulan aku berulang alik dan menziarahi abah..aku xjangka bahawa nyawa abah habis dikatil hospital dan bukan dirumah abah..sebab tuh sehingga kini aku xpernah jenguk or pandang banggunan hospital..abah pergi kerana takdir yg telah tertulis tp ia juga adalah melibatkn kakitangan hospital yg mengambil mudah semua perkara..jika setiap pesakit diberi rawatan yg pantas xmukin abah pergi meninggalkan kmi sekeluarga..

abah org windu sgt2 dgn abah..insyaAllah suatu hari nt kt pasti berjumpa..abah jg diri bebaik kt sner yer..org doakn semoga abah sentiasa aman damai n bahagia disana..insyaAllah

Tuesday, 10 July 2012

10 PERINGATAN BUMI


berkata Anas Bin Malik r.a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Wednesday, 4 July 2012

19 hadis rasulullah tentang wanita




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


wallahua'lam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by http://www.simplyfabulousbloggertemplates.com/