Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan
dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil
kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang
ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan
dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
- azab api neraka,
- azab kubur,
- mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
- kejauhan dari rahmat Allah swt serta
- tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
- dan lain-lainnya.
Memang
benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan
itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti
disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
- penceraian akan berlaku akibatnya,
- pasangan zina mengandung,
- bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
- mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
- apa akan jadi kepada anak-anak ?,
- kejian masyarakat,
- ditangkap basah dan diumum di media,
- adik beradik mengeji,
- akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
- dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
- mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
- dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan
semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di
dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau
mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
KAWALAN
Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
- Fikirkan target
kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan
seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target
tersebut.
- Datangkan keyakinan Allah maha
melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt
sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
- Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
- Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
- Putuskan hubungan
‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau
serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman
chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh
mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan
komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri
berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan
tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya,
elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina
sahaja. Begitulah seterusnya.
- Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
- Ubah rutin kehidupan
yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar
apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak
sama antara satu sama lain.
- Hadiri majlis ilmu
dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update,
menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan
sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan
diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan
syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
- Sertai kumpulan
bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi
awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
- Sertai kumpulan
NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka
ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan
pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program
dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari
kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS,
Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA ,
KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi
dengan program yang baik.
- Kalau anda sedang
bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja
anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan
lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran
kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
- Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
- Fikirkan bahawa
anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk
menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
- Kalau sedang
anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv
atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar
syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau
busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan
lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan
nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang
bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran
terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
- Kalau komputer dan
internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan
Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu
akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila
di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan
melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
- Jangan sesekali membiarkan
diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada
maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang
lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran
kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah
swt mengingatkan :-
وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya
: Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia
adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )
17.
Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18.
Memastikan harta yang
perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa
syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang
lebih merbahaya kepada kesihatan.
20.
Amalkan puasa sunat, zikir secara
berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat
dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan
kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
21.
Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya
: dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang
terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa (
Al-Imran )
Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang
mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan
mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang
individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara.
Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita
ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)