Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja
yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui
e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu
manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang
dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga
ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak
berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap
manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam
melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh
diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu
hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran
tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan
ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung
tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu,
terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli
dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja
ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.
Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila
anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju
dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong,
tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia
sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan
kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa
masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan
penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam
bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan
harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah
mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang
dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di
bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita
demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si
ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik
pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah,
dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu
rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang
nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada
pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak
itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu
teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan
terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang
terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si
bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar
dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya
berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..
sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat
suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat
apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main
macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan
gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat
hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)